Tuesday, August 18, 2009

Menguji Kefahaman Pelajar

Sebagai seorang guru, kita hendaklah melakukan beberapa cara untuk menguji kefahaman setiap pelajar supaya dapat mengetahui kelemahan atau perkembangannya.

a ) Terangkan konsep tajuk yang akan diajar kepada pelajar.

b) semasa menerangkan topik tersebut,guru hendaklah menulis atau mencatatkan sesuatu yang telah diajar ( jangan hanya bercakap dengan pelajar, tangan pun kena menulis juga)

c) kemukakan beberapa soalan kepada pelajar

d)pelajar disuruh mencuba beberapa soalan semasa di depan guru.

e) tanya kepada pelajar mana - mana topik yang kurang faham.


SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

Pelajar lebih semangat mahu belajar

Guru mestilah tunjuk sikap yang positif kepada pelajar dengan:

a ) sekiranya pelajar malu hendak memberi jawapan, dampinginya dan dengar apa yang akan disampaikan.

b) jawapan yang diberikan oleh pelajar salah:
jangan terus mengatakan kesalahan itu, tetapi suruh pelajar memberi jawapan yang lebih tepat.

sokong pelajar dengan keberaniannya memberi jawapan.Ucapkan tahniah kepada pelajar yang cuba jawab soalan yang diberikan.

Gunakan perkataan bagus, baik , ya , betul atau berikan jawapan yang lebih tepat.pelajar akan bersemangat untuk menjawab soalan dan belajar.

Elakkan:

menggelengkan kepala sekiranya pelajar memberi jawapan yang salah.

Jangan marah sekiranya pelajar salah jawapan atau jawab soalan keluar daripada topik.

berkata jawapan bodoh, salah, kurang lengkap.

Saturday, August 8, 2009

Kaedah Skor A Dalam Kesalahan Tatabahasa

Salam Sejahtera,

Kaedah yang saya gunakan kepada pelajar saya untuk lebih memahami dan mengurangkan kesalahan tatabahasa.

1. penerangan tentang kegunaan setiap tatabahasa.

2.kegunaan setiap perkataan itu
Cth : kata sendi 'di' - tempat. Pelajar disuruh bina ayat menggunakan perkataan tersebut dan mencari perkataan itu dalam petikan.

3.Mind Map ( kata sendi - tanpa tengok buku,untuk menguji tahap kefahamannya.

4. Kamus Dewan bahasa melayu - bahasa melayu ( mesti ada untuk mengetahui makna perkataan lebih tepat dan ejaannya)

5. Latih tubi ( mahirkan diri)

6. Baru lah skor A dalam bahasa melayu.

selamat belajar

Wednesday, August 5, 2009

TEKNIK MENGAJAR

Teknik - teknik pengajaran amat penting untuk semasa mengajar supaya pelajar lebih faham perkara yang disampaikan oleh guru menerusi mata pelajaran yang diajarkan.

Disini saya akan dedahkan teknik mengajar yang telah saya gunakan semasa mengajar.

a) penerangan topik.
b)apa yng akan dipelajari dalam topik tersebut.
c)analisis topik atau perkara
d) perbincangan
e)penilaian
f)latih tubi dan cara hafalan melalui mind map
g) buat mind map sendiri tanpa rujuk buku ( untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar)

contoh mata pelajaran sains:

peringkat pertama : menenalpasti masalah ( identify the problem )

peringkat kedua : merancang penyelesaian ( solve the problem )

peringkat ketiga : mengumpulkan maklumat ( collect data)

peringkat keempat : mendapat keputusan ( get a result )

peringkat kelima : membuat rumusan. (conclusion)