Tuesday, August 18, 2009

Menguji Kefahaman Pelajar

Sebagai seorang guru, kita hendaklah melakukan beberapa cara untuk menguji kefahaman setiap pelajar supaya dapat mengetahui kelemahan atau perkembangannya.

a ) Terangkan konsep tajuk yang akan diajar kepada pelajar.

b) semasa menerangkan topik tersebut,guru hendaklah menulis atau mencatatkan sesuatu yang telah diajar ( jangan hanya bercakap dengan pelajar, tangan pun kena menulis juga)

c) kemukakan beberapa soalan kepada pelajar

d)pelajar disuruh mencuba beberapa soalan semasa di depan guru.

e) tanya kepada pelajar mana - mana topik yang kurang faham.


SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

Pelajar lebih semangat mahu belajar

Guru mestilah tunjuk sikap yang positif kepada pelajar dengan:

a ) sekiranya pelajar malu hendak memberi jawapan, dampinginya dan dengar apa yang akan disampaikan.

b) jawapan yang diberikan oleh pelajar salah:
jangan terus mengatakan kesalahan itu, tetapi suruh pelajar memberi jawapan yang lebih tepat.

sokong pelajar dengan keberaniannya memberi jawapan.Ucapkan tahniah kepada pelajar yang cuba jawab soalan yang diberikan.

Gunakan perkataan bagus, baik , ya , betul atau berikan jawapan yang lebih tepat.pelajar akan bersemangat untuk menjawab soalan dan belajar.

Elakkan:

menggelengkan kepala sekiranya pelajar memberi jawapan yang salah.

Jangan marah sekiranya pelajar salah jawapan atau jawab soalan keluar daripada topik.

berkata jawapan bodoh, salah, kurang lengkap.